Galih Gumelar - Doa Ibu Itu Kedudukannya Di Atas Doa Ulama dan Wali - Inilah kisah menarik tentang seorang ulama Sayyid Soleh bin Muhammad al – Ja’fari yang mana doanya dimakbulkan oleh Allah dalam ibadah haji, tetapi dibatalkan oleh keinginan ibunya sendiri.

Kisah ini bermula ketika beliau pertama kali melakukan ibadah haji pada tahun 1952, di hadapan Kaabah beliau berdoa kepada Allah supaya memperkenankan permintaannya untuk membolehkan melaksanakan ibadah haji setiap tahun, memang benar doanya di ijabah.

Setiap tahun sehinggalah beliau wafat, beliau dapat melaksanakan ibadah haji kecuali pada musim haji tahun 1962. Keadaan tahun tersebut benar – benar merumitkan sehingga tidak mengizinkan beliau untuk berangkat dari Cairo ke Makkah untuk melaksanakan haji.


Disebabkan dari kesulitan yang di alami beliau akhirnya memilih jalan ke Sudan bagi memudahkan urusan berangkat ke Makkah, namun ternyata keadaan untuk berangkat ke Makkah dari Sudan pun beliau menghadapi kesulitan. Setelah pelbagai usaha di lakukan akhirnya beliau tidak dapat melaksanakan ibadah haji pada tahun tersebut, akibat kesulitan yang dihadapi beliau membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Dunqula, Sudan kerana kebetulan beliau berada di sana.

Ketika sampai di rumah, di depan pintu ibunya tiba – tiba memeluk beliau dan berkata ,”maafkan ibu nak, ibu telah membeli seekor domba untuk dikorbankan pada tahun ini, dan ibu berdoa kepada Allah supaya engkau dapat merasakan masakan ibu dari daging korban itu.”


Maka mengertilah Sayyid Soleh mengapa tahun ini beliau sulit untuk pergi haji sehingga tidak dapat melaksanakan ibadah tersebut.

Demikianlah doa seorang ibu yang lebih hebat dari doa seorang ulama bahkan wali sekalipun.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Kedudukan doa seorang ibu untuk anaknya, sama seperti kedudukan doa seorang Nabi untuk umatnya.”

Sayyid Soleh al – Jaafari adalah ulama dan wali besar, pengasas Tarekat al – Jaafari serta Imam dan Khatib di Masjid al- Azhar, Mesir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW, merupakan guru dari ulama – ulama besar dunia. Di antara muridnya yang terkenal adalah Syeikh Dr Ali Jumaah dan Sayyid Muhammad bin Alwi al – Maliki.
.
Terfikirkah kita bahawa rezeki yang kita dapat hari ini pun adalah disebabkan oleh doa seorang Ibu.

Ya Allah memang tepat sebagaimana hadis Nabi SAW tersebut.

Sumber : Dilansir dari Tulisa Ummu Alef

Posting Komentar

[DOA][hot][recent][5]

 
Top